Bina Empayar Perniagaan
25 September 2026 | Aktiviti Terkini24 Sept - Ahli NADI Felda Sungai Lui mengikuti Webinar secara atas talian untuk program Empowher yang bertajuk Bina Empayar Perniagaan. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas membina dan mengembangkan perniagaan secara berstrategi. Peserta didedahkan kepada pengurusan kewangan, pemasaran, penjenamaan, penggunaan media sosial serta strategi menarik pelanggan bagi membantu membina perniagaan yang lebih kukuh dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: